
Rabu, 31 Disember 2008
LUAHAN HATI SEORANG ANAK UNTUK AYAH

kita hanya meminjam,dan sampai waktu barang yang dipinjam akan dipulangkan kpd pemilik sebenar,begitulah kehidupan,tabahkan hati dan redha dengan ketentuan Yang Maha Esa.
Perbanyakkan doa untuk arwah,panjatkan kesyukuran kpdNYA kerana kita berkesempatan untuk merasai kasih sayang seorang ayah wl hanya seketika,berbanding bayi2 yg lahir tanpa sempat merasai kasih sayang seorang ayah.
kepahitan kehilangan insan tersayang tetap akan dirasai wl bertahun lama kenangan itu berlalu,namun kehidupan yg sementara ini perlu diteruskan.
smg arwah ditempatkan dlm kalangan hambaNYA yg soleh..semoga doa anak yg soleh dapat memberikan kabahagiaan dan ketenangan buat bapa di akhirat sana,insyaallah.
Isnin, 22 Disember 2008
Pada hari minggu 20 Disember 2008, sedang aku berjalan-jalan di sebuah tempat yang bernama Makan Di Luba Kampong Bunut dan sedang memerhatikan orang di sekeliling jamabatan memancing serta menangkap ketam, tiba-tiba aku ternampat kelibat monyet-monyet sedang berlompatan di tepi tebing. Tiba semena mena ternampat seekor monyet gamjil di depan mataku dalam jarak 400m di hadapan di belukar bakau. Setelah di amat amati rupanya seekor monyet bengkatan yang berada dihadapan ku. Dengan sepantas kilat aku mengambil kamera ku didalam kereta untuk mengambil gelagat monyet tersebut, maka terdapat gambar monyet itu. Pada masa itu jam telah menunjukkan pukul 0500 petang. Waktu sebeginilah monyet-monyet bengkatan itu keluar daripada persembunyian mereka untuk mencari makan. Sedang aku mengambil gambar gelagat mereka tiba-tiba datang sekumpulan pelancong berebut rebut mengambil gambar dengan suara yang bising serta bunyi bot yang bising. Terdengarnya suara bising tersebut lah maka monyet-monyet tersebut laki lintang pukang ke dalam semak. Untuk makluman semua monyet-monyet tersebut sangat sensitif kepada bunyi bising kerana kehidupan mereka tidak mudah di ganggu. Sekian......
Jumaat, 19 Disember 2008
Khamis, 18 Disember 2008
ILHAMKU

Rabu, 17 Disember 2008
Langgan:
Catatan (Atom)